
– Laman web ini masih dalam pembangunan –
Persatuan Wanita Teknologi di Universiti Teknologi Malysia atau lebih dikenali sebagai WANGI telah ditubuhkan pada tahun 1994.
Ahli-ahli WANGI terdiri daripada kakitangan wanita UTM dan isteri kakitangan UTM.
Persatuan sukarela ini bergiat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, kesihatan, pendidikan dan kemasyarakatan.
PERANAN WANGI
- Menjadi sebuah badan yang mewakili kakitangan wanita dan isteri kakitangan yang bertugas dengan Universiti (Akademik/Am).
- Menjadi sebuah badan perundingan berkenaan perkara berkaitan keharmonian, kebajikan dan kepentingan ahli-ahli.
- Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan Universiti.
- Menganjur aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan kemasyarakatan.
- Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.